Post by Jack on Dec 14, 2013 15:59:59 GMT 7
EXPEDISI MENDAKI GUNUNG IRAU, CAMERON HIGHLAND
21 – 23 NOVEMBER 2013
Pendahuluan
Pada 21 -23 November 2013, Kelab Kaki Jalan Liebherr ( yang bernaung dibawah LSR) telah menganjurkan expedisi
mendaki Gunung Brinchang ( 2000 m) dan Gunung Irau (2110 m). Penyertaan adalah terbuka kepada semua pekerja
Liebherr dengan bayaran RM 50 seorang. Seramai 8 orang pekerja liebherr telah menyertai expedisi ini.
Peserta yang menyertai
1. Syed Faisal - PT
2. Mohd Razali - PT
3. Khairul Zaman - PT
4. Shamsul - IH
5. Mohammad Alim - IH
6. Mohd Azreen - LE
7. Rashidi - IT
8. Taufiq – PL
Objektif expedisi
1. Untuk melahirkan pekerja Liebherr yang kuat dari segi mental dan fizikal
2. Untuk menikmati keindahan hutan yang penuh dengan flora dan fauna
3. Untuk menanamkan semangat cintakan alam sekitar
Tentative perjalanan aktiviti
21 November 2013
Pada pukul 10.00 malam, kami bertolak dari Kluang ke Cameron Highland melalui Lebuhraya PLUS dari Tol Air Hitam,
Johor dan keluar di Tol Simpang Pulai, Perak. Selepas itu, kami bertolak dari Simpang Pulai ke Cameron Highland
melalui jalan Kampung Raja. Keseluruhan perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 jam.
22 November 2013
Kami tiba di Cameron Highland pada pukul 5.00 pagi dan terus membuat laporan polis sebagai kebenaran untuk
mendaki Gunung Irau. Selepas itu, kami menaiki kereta ke Puncak Gunung Berinchang. Setelah tiba di Puncak
Gunung Brinchang, kami terus bersiap-siap, membuat warming up dan bacaan doa oleh Saudara Samsul sebelum
memulakan pendakian ke Puncak Gunung Irau dengan ketingggian 2110 meter dari paras laut. Pada pukul 7.30,
kami memulakan pendakian dengan diketuai oleh Saudara Faisal dan Alim.
Disepanjang perjalan, kami dapat menikmati keindahan alam yang dipenuhi dengan lumut dengan suhu 15 °C.
Kami sampai di Puncak Gunung Irau pada pukul 1.00 tengahari dan terus menjamu selera chapati dan kari ayam.
Pada pukul 2.00 petang, tibalah masa untuk kami turun semula ke kaki Gunung Irau. Kami sampai di base camp pada
pukul 5.00 petang. Tanpa berlengah lagi, kami terus mendirikan khemah dan minum petang. Selepas itu, kami terus
memasak untuk makan malam. Menu kami untuk makan malam ialah BBQ, Sosej, Kari ayam, papadam dan telur
goreng. Oleh kerana keletihan, kami tidur awal iaitu pada pukul 10.00 malam
23 November 2013
Pada pukul 6.00 pagi, kami bangun tidur dan terus menyediakan sarapan pagi. Selepas selesai sarapan pagi, kami
berkemas-kemas untuk pulang ke Kluang. Dalam perjalanan pulang, kami juga sempat singgah ke tempat-tempat
menarik di Sekitar Cameron Highland seperti Kilang Teh Boh, Big Red strawbery farm, Bee Farm, Avant choclate dan
Pekan Tanah Rata.
Setelah penat berjalan, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan pulang. Kami bertolak dari
Cameron highland pada pukul 5.00 petang. Kami tiba di Kluang pada pukul 10.00 malam dan terus pulang ke rumah.
Kami berasa sangat teruja dan gembira dengan pengalaman yang kami peroleh sepanjang tempoh pendakian dan
perkhemahan.