Post by Santau on Dec 18, 2013 10:53:10 GMT 7
Sharing is caring...selamat membaca.
Topik : KECEDERAAN & PENCEGAHAN DALAM PENDAKIAN / TREKKING :
- PERANAN / TANGGUNGJAWAB SETIAP PENDAKI.
( Oleh : ADAM A.RAHMAN )
Kandungan :-
1 - PENDAHULUAN / PENGENALAN
2 - KEPERLUAN UNTUK MENGETAHUI SISTEM BADAN KITA
3 - MENGETAHUI & MEMPELAJARI TENTANG ‘BASIC-FIRST AID’
4 - MENGUTAMAKAN ASPEK-ASPEK PENCEGAHAN KECEDERAAN
5 - RUMUSAN / PENUTUP
1 – PENDAHULUAN / PENGENALAN
Salah satu dari cabang rekreasi yang mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia adalah aktiviti mendaki gunung dan ‘trekking’. Kewujudan kumpulan atau kelab-kelab rekreasi juga mempengaruhi setiap individu untuk menceburi bidang ini. Bukan sahaja di peringkat kebangsaan, malahan negeri atau daerah juga, tedapat banyak persatuan atau kelab yang berkonsepkan kepada aktiviti rekreasi. Salah satu dari faktor utama yang menyebabkan seseorang itu menyertai aktiviti pendakian ini adalah keseronokan, cabaran atau kepuasan diri.
Namun kita semua selaku pendaki atau ‘trekker’ sememangnya sedar akan aktiviti berkenaan mempunyai risikonya tersendiri. Sama ada risiko tersebut boleh dijangka atau tidak, kita semestinya mempunyai pelbagai persediaan dalam menghadapi pelbagai masaalah, kemalangan, trauma atau apa sahaja kebarangkalian yang mungkin boleh berlaku. Ini termasuklah dari aspek trauma atau kecederaan, yang boleh menimpa diri sendiri atau rakan pendaki dalam kumpulan kita.
Untuk itu, disini kita cuba memperbincangkan serta berkongsi sedikit maklumat dan pembelajaran berkaitan dengan kecederaan / trauma dalam pendakian gunung dan trekking, serta mengetahui sedikit sebanyak tentang asas rawatan / bantuan awal kepada mereka yang tercedera ketika menjalani aktiviti tersebut. Apa yang kita bincangkan disini, mungkin tidak begitu sempurna kerana untuk mencapai tahap yang memuaskan, peserta boleh menjalani satu Kursus ‘First-Aid’ yang lebih mendalam, serta melalui proses teori dan praktikal.
2 – KEPERLUAN UNTUK MENGETAHUI SISTEM BADAN KITA
Sejajar dengan hasrat negara untuk mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah diharapkan juga supaya pengetahuan rakyat Malaysia juga menacapai minda kelas pertama. Ini termasuklah dalam bidang rekreasi seperti aktiviti mendaki gunung. Di sebahagian negara maju, masyarakat mereka begitu perihatin terhadap pengetahuan tentang aspek tubuh badan masing-masing. Adalah begitu baik dan perlu, untuk kita semua mengetahui dengan lebih mendalam dari aspek yang sedikit terperinci mengenai struktur atau sistem badan kita, dengan pendedahan dari sudut yang lebih saintifik. Bukanlah kita mesti mempelajari seperti ingin menjadi seperti seorang doktor, tetapi memadai untuk kita fahami dengan agak mendalam mengenai anatomi dan fisiologi badan kita. Apabila sudah memahami selok–belok sistem badan, kita selaku pendaki akan boleh bertindak dengan lebih bijak dan yakin bila mana berlakunya sebarang kecederaan kepada kita atau rakan pendaki.
AgungNya Allah S.W.T. menganugerahkan badan yang normal dan sihat kepada kita, berserta dengan sistem yang mempunyai pelbagai keajaiban kefungsiannya yang tersendiri. Mari kita lihat apa yang ada dalam badan kita secara saintifik.
Apakah Sistem Yang Ada Dalam Badan Kita.
i) S.Kardiovaskular – sistem yang bermula dari jantung dan pengaliran darah keseluruh badan kita.
ii) S.Respirasi – bahagian yang berpaksikan kepada dua organ paru-paru, bermula dari hidung, trakea, brochus, bronchial dan alveolus.
iii) S.Musculo-Skeletal – sistem yang berperanan penting dalam menentukan aspek pergerakan badan kita. Otot, yang bermula dari actin dan myosin, otot fibre, otot berikat dan otot besar. Tulang pula dari bone-marrow, cartilage solid bone. Pembantu dalam sistem ini adalah sendi, ligament dan tendon.
iv) S.Digestive – sistem pencernaan, yang mana apa yang kita makan melalui mulut, esofagus, gaster, usus dan rectum. Makanan yang diambil, diproses, dicerna dan diserap, untuk penghasilan tenaga kepada badan.
v) S.Urinary – sistem yang berperanan untuk mengeluarkan bahan buangan daripada badan, melalui proses perpeluhan dan p.u.
vii) S.Saraf Pusat – merupakan sistem pengawalan kepada keseluruhan badan kita. Bermula dari otak, saraf tunjang & saraf.
viii) S.Reproduktif – sistem pembiakan, iaitu yang membezakan antara lelaki dan wanita. Organ alat kelamin serta kefungsiannya yang tersendiri.
ix) S.Endokrin – sistem pengawalan imbangan insulin badan serta berkaitan dengan hormon, yang terdiri dari pituitary, thalamus, hypothalamus, thyroid, mamary gland, pancreas dan adrenal.
x) EENT – pancaindera lain dalam badan kita, iaitu mata, telinga hidung dan tekak.
Perlunya kita mengetahui sedikit sebanyak tentang aspek sistem badan seperti diatas adalah supaya apabila berlakunya sesuatu trauma atau kecederaan, kita boleh menilai dan membezakan bahagian badan, struktur atau sistem mana yang terlibat. Sedikit sebanyak kita dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan atau pertolongan. Secara tidak langsung juga, kita dapat mempelajari mana yang normal atau sebaliknya.
3 – MENGETAHUI & MEMPELAJARI TENTANG ‘BASIC-FIRST AID’
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, apabila berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini menimpa diri sendiri atau rakan kita, ketika dalam aktiviti rekreasi mendaki gunung atau trekking di hutan lipur, kita perlu mengklasifikasikan bahagian atau sistem mana yang terlibat. Ini adalah termasuk dalam penilaian awal dari aspek ‘basic first-aid’. Selepas itu, barulah kita boleh menilai mekanisma kecederaan tersebut, mengikut sistem yang telah kita ketahui. Disini juga kita akan membincangkan sedikit sebanyak aspek mekanisma kecederaan yang biasa berlaku ketika pendakian.
Jenis / Mekanisma Kecederaan.
1- Kecederaan Kepala / Head Injury.
Keutamaan yang pertama apabila seseorang itu sebarang mengalami kecederaan. Tahap kesedaran paling penting, untuk diambil kira sekiranya cedera pada bahagian ini. Antara tanda-tanda kecederaan kepala :-
- pening / LOC / syncope / fainted
- internal bleeding - bengkak
- racoon-eye ` - muntah
2- Perdarahan / Bleeding.
- lelasan / abration - hirisan / laceration
- lebam / haematoma - tembusan / punchture
- hancur / amputation - pelbagai / multiple
3- Patah / Fracture.
a) Terbuka – Kepatahan yang disertai dengan berdarah keluar menembusi bahagian luar kulit.
b) Tertutup – Kepatahan yang tiada berdarah.
Jenis patah pada bhg tulang :- Melintang / Berganda / Hancur / Berpusing / Retak. Tanda-tanda seseorang itu mengalami kepatahan :- Kesakitan yang terlampau bila bergerak pada bahagian yang terlibat, bengkak dan kecacatan ‘deformity’.
4- Terseliuh & Terkehel / Dislocation.
- Kebiasaanya kerap berlaku pada bahagian persendian. Boleh melibatkan kekoyakan kepada tendon, ligament atau cartilage.
5- Gigitan / Sengatan :-
- Hidupan darat.
- Hidupan air.
6- Sistem Kardio respiratori.
- Jantung : Heart attack dll
- Paru-paru : Asthma / Hyperventilation dll
7- Hypoglycaemic shock
- Kekurangan gula dalam darah yang terlampau.
8- Kecederaan organ dalaman.
- organ dalaman bhg ‘core’ :-
- jantung / paru-paru / usus / limpa / hati / ginjal/ pundi kencing / rahim / dll.
9- Kecederaan otot / tisu badan.
- S.T.I.
- Bengkak / lebam / sakit
- Tisu @ ligament – koyak.
10- Terbakar.
- api / elektrik.
- panahan kilat / petir.
11- Penyakit Misteri / Gangguan…..?
Bantuan / Rawatan Awalan
Apakah yang perlu kita lakukan apabila sesuatu yang tidak dijangka, seperti kecederaan menimpa salah seorang daripada rakan kita semasa aktiviti pendakian.? Persoalan inilah yang biasanya akan tertanya-tanya, terutamanya kepada kumpulan pendaki yang agak baru. Unjuran daripada itu, disini kita bincangkan serba sedikit tentang aspek bantuan awalan kepada mangsa yang mengalami kecederaan.
a) Rawatan Segera
DR. A.B.C. – Basic untuk CPR.
D – Danger / Bahaya :- kawasan / situasi / tempat kejadian.
R – Response / Reaksi :- tindakbalas mangsa terhadap rakan / situasi.
A – Airways
B – Breathing
C – Circulation
b) Triage.
Penilaian keadaan / situasi / jangan terlalu panic.
Kenalpasti jenis kecederaan. Sistem yang terlibat.
Data penting tentang kecederaan – dimana / bila / bahagian mana / berapa ramai yg terlibat / dll
c) Berhenti dari sebarang aktiviti.
Bawa / alihkan mangsa ke kawasan yg selamat.
Minimumkan pergerakan kepada mangsa.
Jika kecederaan pada bahagian tulang belakang gunakan papan utk mengangkat mangsa. Imoblisasikan jika mengsyaki ada anggota badan yang patah atau terseliuh.
Balutan / bandaging – jika bleeding @ bengkak.
Jika mangsa kesejukan di pergunungan yang sejuk gunakan selimut / tuala / baju tebal untuk mengelakan kehilangan haba dengan cepat.
Jika mangsa pucat / keletihan / lemah – beri ‘enegy drink’ / glucose drink.
Makan makanan yang memberikan tenaga segera.
Jika perlu, dan ada bekalan ubat-ubatan, boleh diberikan sebagai rawatan simptomatik spt:-
- Paracetamol / Panadol utk pening @ tahan sakit.
- Linimmet oil / cream : utk sapu pada bhg sakit.
-Ubatan personal mangsa spt ‘inhaler’.
d) Rujukan Segera
- Panggilan anggota paramedic / penyelamat.
- Klinik / Pusat Kesihatan yang terdekat.
e) Sokongan Psikologi
- Memberikan kata-kata semangat / dorongan.
- Pendekatan keagamaan.
Bantuan atau rawatan awalan ini adalah secara umum sahaja sebagai panduan awal, kepada semua pendaki. Adalah dicadangkan agar setiap golongan pendaki mengetahui dengan lebih mendalam tentang ‘basic first-aid’ dan C.P.R, melalui secara kursus teori dan sesi praktikal. Kita merasakan aspek ini adalah sebahagian dari ‘peralatan minda’ yang perlu bagi setiap pendaki.
4 – MENGUTAMAKAN ASPEK-ASPEK PENCEGAHAN KECEDERAAN
Konsep ’prevention is better than cure’ yang digunakan secara global, adalah masih relevant dalam semua aspek, termasuklah dalam situasi pendakian gunung. Kita rasakan semua pendaki telah mengutamakan aspek ini, namun mungkin ada juga pendaki yang terlepas pandang mengenai pentingnya persediaan pencegahan kecederaan ini. Disini juga, kita akan bincangkan juga mengenai apakah yang perlu dititikberatkan sebelum menjalani sesuatu aktivitti pendakian ataupun trekking.
Apakah Kategori / Aspek Pencegahan Kecederaan..?
a) Psycologycal / Mental St-up.
Perkara pertama yang ditekankan dalam apa juga permulaan aktiviti, persediaan mental yang sihat dan sempurna adalah penting. Ibarat pepatah orang tua, “jangan berumah di tepi pantai, jika takut dipukul ombak“. Adalah menjadi kelaziman, kebiasannya pendaki-pendaki mempunyai sifat yang sedikit ’gila-gila’ apabila mereka menjalani aktiviti berkenaan. Jadi, jika seseorang itu, merupakan golongan yang agak baru dalam akitiviti ini mereka perlulah menerima hakikat tersebut. Dari sudut kesihatan, pakar-pakar ada menyatakan bahawa, salah satu cara untuk kita mengurangkan ’stress’, adalah melalui aktiviti rekreasi, pendakian dan trekking. Bukannya program pendakian itu, yang menyebabkan kita ’stress’.
b) Identifikasi Akitiviti / Program / Pergunungan / Hutan.
Ketika merangka program pendakian, kita semestinya mengetahui keseluruhan aspek tentang aktiviti yang akan ditempuhi disepanjang program berkenaan. Ini termasuklan seperti :-
- Jumlah bilangan hari dan bermalam.
- Kenalpasti gunung yang akan didaki.
- Apakah risiko yang ada dikawasan tersebut.
- Apakah tempat itu, biasa dikunjungi atau tidak.
- Bentuk muka bumi kawasan berkenaan.
- Trek / laluan / jarak, disepanjang perjalanan.
- Cuaca semasa, pada musim tertentu.
- Maklumat daripada mereka yang telah berkunjung ke tempat berkenaan.
c) Bekalan Makanan.
Adalah amat penting untuk menyediakan peruntukkan bekalan makanan yang mencukupi, mengikut keperluan tertentu. Pastikan juga makanan itu seharusnya mempunyai kandungan karbohidrat atau bergula, untuk membekalkan tenaga kepada badan. ’Junk-food’, perlu atau tidak..? boleh, tetapi tidak digalakkan dalam kuantiti yang terlalu bannyak.
d) Pemakaian / Perlindungan.
Aspek pemakaian juga suatu yang perlu diberi perhatian. Pakaian yang tidak terlalu tebal ketika trekking. Seluar panjang atau pendek, bergantung kepada situasi serta trek pendakian. Kasut yang sesuai adalah amat perlu, untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kaki.
Digalakkan juga untuk menggunakan / memakai pelindung, mengikut kesesuaian diri.
e) Persediaan Kesihatan / Kecergasan diri.
Penjagaan kesihatan diri sebelum dan semasa pendakian, juga penting kepada setiap pendaki, untuk memastikan tiada masaalah disepanjang aktiviti tersebut. Kecergasan diri, adalah menjadi tanggungjawab individu kerana ianya mestilah melalui latihan kecergasan yang teratur dan berterusan. Jika boleh, janganlah jadikan diri kita salah seorang dari golongan yang bergelar ’pancit’. Latihan meningkatkan daya tahan kardiovaskular adalah dicadangkan untuk semua golongan pendaki. Lakukan latihan mengikut prinsip-prinsip latihan dengan betul, untuk elakkan sebarang kecederaan.
f) Personal Medical-Kit.
Adalah dicadangkan juga,sesuatu yang wajib untuk setiap pendaki atau ’trekkers’ untuk mempunyai kit alatan perubatan persendirian. Mungkin tidaklah terlalu lengkap, tetapi memadai untuk ubatan yang asas, yang difikirkan sesuai dan mengikut keperluan setiap individu itu. Bolehkah pesakit asthma mendaki..?
g) Laporan Kepada Pihak Berkuasa.
Semestinya perlu untuk semua pendaki melaporkan senarai nama / kumpulan, kepada pihak berkuasa, seperti Balai Polis yang berhampiran dengan tempat yang hendak dikunjungi. Jika boleh, maklumkan juga tentang pendakian kita kepada sahabat atau waris yang terdekat. Dapatkan juga, nombor untuk perhubungan, jika berlaku sebarang kecemasan daripada Polis, Jabatan Bomba Penyelamat atau Jabatan Pertahanan Awam.
h) Persedian / Bantuan Teknologi Terkini.
Dewasa kini, teknologi yang canggih semakin membangun dengan begitu pesat. Penggunaan GPS, telefon satelit dan sebagainya adalah sesuatu yang boleh diharapkan, sebagai alternatif perhubungan jika berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
5 – RUMUSAN / PENUTUP
Sebagai imbasan, kita cuba renungkan matlamat asal kita semua para pendaki, kenapa kita berusaha untuk mendaki kesesebuah kawasan pergunungan atau merentas hutan belantara...? Jika boleh, kepada kaum muslimin muslimat, kita letakkan niat kita yang utama adalah “Lillahi-Taala“, iaitu kerana Allah. Untuk kita melihat, menikmat serta mengagungkan keajaiban alam flora dan fauna ciptaanNya. Dan InsyaAllah, dengan izinNya perjalanan atau pendakian kita, akan sentisa dilindungi olehNya.
Pun begitu, sebagai manusia biasa, kita perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, jika berlakunya perkara yang tidak diingini. Untuk itu, seperti mana yang telah kita bincangkan sebelum ini, persediaan minda serta pengetahuan dari aspek ’basic first-aid’ dan ’prevention’, adalah teramat perlu untuk setiap individu yang bergelar pendaki atau trekker. Diharapkan juga, supaya pendaki agar mengambil insiatif untuk mengikuti kursus yang lebih mendalam secara teori dan praktikkal, dari aspek ’First-Aid’ dan CPR. Semoga setiap ekspedisi pendakian akan lebih berilmu dan berhikmat, serta di berkati oleh Allah s.w.t.