Post by Jack on Dec 17, 2013 7:19:30 GMT 7
Gunung Arong
Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung yang paling rendah ialah Gunung Soga (820 Kaki), Ke-2 ialah Gunung Gaung (870 Kaki). Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang bukit ini dipanggil gunung. Untuk mendaki gunung ini mudah saja pendaki boleh dapatkan jurupandu arah dari beberapa Resort yang terdapat disekitar Tanjung Resang antaranya Jentayu Chalet, Tanjung Resang Indah Chalet dan Teluk Gorek Resort. Gunung ini jelas kelihatan dari semua kawasan Tanjung Resang.
Untuk sampai ke kaki gunung pendaki akan melalui jalan kampung seterusnya masuk ke kawasan dusun hingga sampai ke sebuah air terjun kecil. Kawasan air terjun ini telah dinaik taraf oleh Jabatan Perhutanan dimana 2 buah empangan telah dibina untuk mengepung air menjadi kolam mandi. Juga disediakan kemudahan seperti tandas.
Pemandangan dari puncak
Trek untuk mendaki gunung bermula tidak jauh dari kolam air terjun yang pertama. Trek agak terlindung dan tidak jelas permulaannya, bagaimanapun setelah memasuki hutan barulah trek menjadi semakin jelas dan terang.
Permulaan pendakian agak curam kira-kira 15 minit, kemudian trek menjadi agak landai dan mudah didaki. Terdapat batu-batu kuarzt berbagai bentuk di sepanjang trek. Hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam dan apabila hampir ke puncak pokok-pokok tumbuh semakin rapat dan terdapat banyak pokok orkid tumbuh atas tanah dan batu.
Di atas puncak terdapat tanah lapang dan ditengahnya terdapat berop (Besi penanda puncak gunung). Pemandangan tidak berapa jelas dari puncak kerana terhalang oleh pokok yang agak tinggi.
Jika pendaki hendak melihat pemandangan yang jelas anda boleh meminta guide membawa anda turun mengikut trek arah ke laut. Trek tersebut akan menuruni cerun bukit yang curam dan kemudian melalui permatang gunung yang agak landai hingga tiba ke view point. Di kawasan View point pendaki akan dapat melihat pemandangan yang tidak terhalang dimana anda akan dapat melihat Laut Cina Selatan yang luas, pulau-pulau termasuk Pulau Tioman, Tg.Resang dan pantai-pantai di kawasan itu.
Perjalanan turun mengikut trek laut agak jauh lebih 2 kali ganda dari semasa mendaki. Untuk menuju ke Gunung Arong, pendaki perlu melalui Jalan Mersing-Endau, Kira-kira 20 minit dari Mersing sebelum Hutan Lipur Gunung Arong, terdapat simpang sebelah kiri menuju ke Tg.Resang, Penyabong. Masuk ke simpang itu dan jaraknya 7km untuk sampai ke Pantai Tg.Resang. Terdapat 2 buah Resort sepanjang pantai itu dan pendaki boleh menginap di mana-mana resort yang disukai.